Sunday, November 22, 2009

UJIAN KHAS KEMASUKAN KE SMKA 2010

Asaalamualaikum....

Ahad ( 21 NOvember 2009) Berita gembira untuk pelajar-pelajar yang telah memohon kemasukan ke tingkatan 1 di sekolah Kebangsaan Agama ( SMKA) di Negeri Sembilan. Pada tahun ini seramai 1289 murid akan dipanggil untuk menduduki ujian kelayakan kemasukan ke tingkatan 1. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendapat kejayaan yang cemerlang iaitu 5A seramai 796 orang, 4A 1B seramai 467 orang dan selebihnya ialah 4A 1C. Ujian tersebut akan bermula pada tarikh 8/12/2009 hinggalah 16/12/2009 di lokasi yang akan ditetapkan nanti.

Mulai 24/11/2009, Surat akan dikirim kepada calon yang layak. Sehubungan dengan itu para pelajar di gesa memantapkan diri menguasai bidang Jawi, Bahasa Arab dan Al Quran untuk memudahkan mereka menyambung pengajian ke Tingkatan satu di sekolah agama.
Tahniah di ucapkan kepada mereka yang berjaya.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "UJIAN KHAS KEMASUKAN KE SMKA 2010"

Post a Comment