Saturday, November 28, 2009

PERSIDANGAN PEGAWAI KAA DI AVILLION LEGENCY...



Melaka menjadi destinasi yang seterusnya persidangan pegawai pengurusan Kelas Aliran Agama (KAA) kali ke 3 untuk tujuan memperkasakan Pendidikan yang berorientasikan agama. Kali ini Avillion Legency, Melaka menjadi saksi betapa mantapnya pengurusan Kelas Aliran Agama (KAA) yang di ketuai oleh Ketua Unit KAA, Puan Yusnidah Mahat dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian pelajaran Malaysia. Persidangan itu akan berlangsung mulai 6 Disember dan berakhir pada 8 Disember 2009.
Agenda persidangan kali ini akan membincangkan perancangan untuk memperkasakan Kelas Aliran Agama bagi tahun 2010 dan merancang strategi untuk meningkatkan keperluan aksess data yang lebih sistematik. Seramai 14 pegawai KAA dari seluruh negeri dijangka akan hadir.

Selamat Bersidang dan Selamat Datang ke BUMI HANG TUAH, Bandaraya Bersejarah.
Baca Lagi..

METING SPI - HALUSI PERANCANGAN 2010 AGAR LEBIH MANTAP.....




Jentera Pengurusan Sektor Pendidikan Islam bersama Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)akan berkumpul selama 3 hari 2 malam Di DePalma Hotel, Ampang untuk menghadiri sesi Mesyuarat Sektor Pendidikan Islam. Agenda Mesyuarat kali ini akan membincangkan plan perancangan pengurusan Aktiviti Tahun 2010, Sasaran kerja Tahunan setiap pegawai, Plan Pengurusan Kewangan dan Projek Kemasukan Pelajar ke SMKA 2010 untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4. Sesi Mesyuarat akan bermula jam 2.30 selasa 1 Disember dan berakhir 3 Disember jam 12.00 tengahari. Semoga mesyaurat kali ini akan dapat menjana maklumat dan perancangan yang lebih mantap untuk memperkasakan Institusi Pendidikan Agama.
Baca Lagi..

Tuesday, November 24, 2009

UJIAN KHAS KELAYAKAN KE SMKA NEGERI SEMBILAN:







Khas untuk ibubapa dan murid-murid yang memohon untuk menduduki Ujian Khas Kelayakan ke SMKA...Berikut adalah maklumat lokasi UJian Khas SMKA.

8/12/2009 - SK Seri Kelana, 70400, Seremban
9/12/2009 - SK Taman Seri Pagi, 70450 Seremban
10/12/2009 - SK Port Dickson, 71000 Port Dickson
11/12/2009 - SK Laksamana Nasir, 71550, Seri Menanti. Kuala Pilah.
14/12//2009 - SK Datuk Abdullah, 73200 Gemencheh
14/12/2009 - SK Bandar Baru Serting , 72120 , Bandar Seri Jempol
15/12/2009 - SK Kota, 71350
15/12/2009 -SK undang Jelebu, 71600, Kuala Klawang

Ujian Khas bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.
Surat-surat panggilan ke temuduga akan mula diedarkan mulai 30 November 2009 dan hanya pelajar yang mendapat minima 4A sahaja yang layak menduduki temuduga tersebut.
Para pelajar di kehendaki bersedia dengan asas-asas bahasa Arab, penulisan jawi, hukum-hukum tajwid dan sebagainya. SELAMAT BERUSAHA...
Baca Lagi..

SMK Palong 7 ( FELDA) ...ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK KAA



SYABAS DAN TAHNIAH....juga diucapkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan palong 7 ( FELDA) kerana dianugerahkan sebagai Sekolah Terbaik KAA ( keseluruhan) di atas pencapaian Akademik dalam peperiksaan PMR dan SPM 2008. SMK palong 7 (FELDA) juga mendapat anugerah khas dalam kategori Peningkatan Pencapaian Sekolah PMR terbaik 2006, 2007, 2008 dan Anugerah Sekolah KAA terbaik Luar Bandar PMR 2008. Menurut penyelaras KAA yang ditemui, Ustaz Zulmajdi: semua kejayaan itu adalah kejayaan sekolah sebagai satu pasukan yang saling bekerjasama untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada para pelajar. Sekolah berkenaan yang mendapat 100& dalam Bahasa Arab peringkat PMR amat berharap, akan terus dapat mengulang kecemerlangan demi kecemerlangan.

Tahniah sekali lagi untuk dari Sektor Pendidikan Islam untuk SMK Palong 7 ( FELDA).
Baca Lagi..

GURU KAA ; 2 DINOBATKAN SEBAGAI GURU INOVATIF......

Tahniah....dan syabas diucapkan kepada 2 orang guru dari Kelas Aliran Agama (KAA) yang telah berjaya dinobatkan sebagai guru Inovatif sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelas Aliran Agama (KAA) yang telah dilangsungkan pada 9 NOV 2009 yang lalu. Guru berkenaan adalah Puan Hasnah bt Mansor dari SMK Dato Haji Mohd Redza , Seremban dan Puan Aziyun Othman dari SMK Dato Haji Sheikh Ahmad. Kedua tokoh guru Inovatif ini menerima sebuah plak pengiktirafan, sijil penghargaan, 2 buah buku ilmiah dan sepasang batik sutera sebagai penghargaan dari pihak sektor Pendidikan Islam khasnya dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan amnya. Pihak SPI mengharapkan agar lebih ramai guru-guru akan hadir dengan kepelbagaian inovatif yang boleh meningkatkan keberkesanan methodologi dalam pendidikan. Dan pihak Unit Pendidikan Agama (IPA) sentiasa menyokong usaha untuk memperkasakan pendidikan yang berorientasikan agama ini.
Baca Lagi..

BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SABK- GURU AKAN DISI SEPENUHNYA MENJELANG JANUAR1 2010

Berita gembira untuk seluruh warga Sekolah Agama Bantuan kerajaan (SABK). Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dalam usaha untuk mempercepatkan proses penempatan guru-guru untuk mengisi penjawatan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SABK. Unit IPA difahamkan melalui mesyuarat bersama Bahagian Pendidikan Islam pada 24 NOV 2009 di SMKA SHAMS, berita gembira ini adalah satu rahmat kepada pelajar-pelajar SABK yang berorientasikan agama kerana penjawatan akan cuba dipenuhi selewat-lewatnya 15 Disember 2009. Tahun 2010 akan menjanjikan satu kegemilangan dalam pengurusan Akademik di SABK terutama kepada anak-anak yang berpendidikan agama ini. Dengan tenaga pengajar yang mencukupi di SABK, diharapkan akan mencetuskan satu budaya cintakan ilmu dan akan mendorong para pelajar menggapai kejayaan sebagaimana para pelajar di SMKA.

Terus Teguh Mendokong Aspirasi Institusi Pendidikan Agama.
Baca Lagi..

SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN- SEKOLAH KELAS ALIRAN AGAMA SEPENUHNYA......



SELASA ( 24 NOV 2009)- Satu mesyuarat telah diadakan di SMK Tunku Besar Burhanuddin , Seri Menanti untuk membincangkan isu pengwujudan Sekolah Kelas Aliran Agama ( KAA) sepenuhnya sebagai alternatif kepada pendidikan yang berorientasikan agama. Menurut Penolong Pengarah Institusi Pendidikan Agama , Puan Raziyusnita Irni; Permintaan kepada pendidikan yang berorientasikan agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) pada tahun 2008 adalah sebanyak 2080 permohonan dalam kalangan Tingkatan 1 dan jumlah yang layak dan dipanggil untuk menduduki ujian adalah seramai 1060. Jumlah pengambilan ke Tingkatan 1 adalah seramai 360 orang sahaja. Manakala permohonan pada tahun 2009 adalah berjumlah sebanyak 2300 permohonan dan dijangka seramai 1298 pelajar akan dipanggil menduduki ujian kelayakan kemasukan ke tingkatan 1. Berdasarkan data statistik berkenaan, jelas memperlihatkan kecenderungan minat pelajar kepada aliran agama di Negeri Sembilan.
Mesyuarat anjuran Sektor Pendidikan Islam bersama Jawatankuasa PIBG sekolah telah mendapat persepakatan dan persetujui yang postif dan kelangsungan proses peralihan itu akan diadakan secara berperingkat dan bermula pada tahun hadapan 2010 . Pelaksanaan secara berperingkat berdasarkan ABM adalah sebagaimana berikut ;

Tingkatan ABM
Aliran 2009 2010 2011 2012 2013

Tingkatan 1 KAA 2 2 3 3 3
Bukan KAA 1 1 0 0 0

Tingkatan 2 KAA 2 2 2 3 3
Bukan KAA 1 1 1 0 0

Tingkatan 3 KAA 3 2 2 2 3
Bukan KAA 1 1 1 1 0

Tingkatan 4 KAA 0 1 2 2 3
Bukan KAA 2 2 1 0 0

Tingkatan 5 KAA 0 0 1 2 2
Bukan KAA 2 2 1 1 0
Jumlah Bilik Darjah 14 14 14 14 14

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan mengandaikan beberapa perkara positif sebagai impak kepada perlaksanaan ini sebagaimana berikut :-
• Dapat menampung keperluan permintaan yang banyak kepada pendidikan berorientasikan agama.
• Melahirkan SMK KAA yang bertaraf SMKA dari aspek pengurusan dan prestasi Akademik.
• Memastikan kesinambungan Pendidikan Agama SMK (KAA) berjalan seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Memastikan murid-murid KAA dapat menyambung pengajian ke Tingkatan Empat Kelas Aliran Agama sekolah yang sama.
Baca Lagi..