Tuesday, November 24, 2009

SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN- SEKOLAH KELAS ALIRAN AGAMA SEPENUHNYA......



SELASA ( 24 NOV 2009)- Satu mesyuarat telah diadakan di SMK Tunku Besar Burhanuddin , Seri Menanti untuk membincangkan isu pengwujudan Sekolah Kelas Aliran Agama ( KAA) sepenuhnya sebagai alternatif kepada pendidikan yang berorientasikan agama. Menurut Penolong Pengarah Institusi Pendidikan Agama , Puan Raziyusnita Irni; Permintaan kepada pendidikan yang berorientasikan agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) pada tahun 2008 adalah sebanyak 2080 permohonan dalam kalangan Tingkatan 1 dan jumlah yang layak dan dipanggil untuk menduduki ujian adalah seramai 1060. Jumlah pengambilan ke Tingkatan 1 adalah seramai 360 orang sahaja. Manakala permohonan pada tahun 2009 adalah berjumlah sebanyak 2300 permohonan dan dijangka seramai 1298 pelajar akan dipanggil menduduki ujian kelayakan kemasukan ke tingkatan 1. Berdasarkan data statistik berkenaan, jelas memperlihatkan kecenderungan minat pelajar kepada aliran agama di Negeri Sembilan.
Mesyuarat anjuran Sektor Pendidikan Islam bersama Jawatankuasa PIBG sekolah telah mendapat persepakatan dan persetujui yang postif dan kelangsungan proses peralihan itu akan diadakan secara berperingkat dan bermula pada tahun hadapan 2010 . Pelaksanaan secara berperingkat berdasarkan ABM adalah sebagaimana berikut ;

Tingkatan ABM
Aliran 2009 2010 2011 2012 2013

Tingkatan 1 KAA 2 2 3 3 3
Bukan KAA 1 1 0 0 0

Tingkatan 2 KAA 2 2 2 3 3
Bukan KAA 1 1 1 0 0

Tingkatan 3 KAA 3 2 2 2 3
Bukan KAA 1 1 1 1 0

Tingkatan 4 KAA 0 1 2 2 3
Bukan KAA 2 2 1 0 0

Tingkatan 5 KAA 0 0 1 2 2
Bukan KAA 2 2 1 1 0
Jumlah Bilik Darjah 14 14 14 14 14

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan mengandaikan beberapa perkara positif sebagai impak kepada perlaksanaan ini sebagaimana berikut :-
• Dapat menampung keperluan permintaan yang banyak kepada pendidikan berorientasikan agama.
• Melahirkan SMK KAA yang bertaraf SMKA dari aspek pengurusan dan prestasi Akademik.
• Memastikan kesinambungan Pendidikan Agama SMK (KAA) berjalan seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Memastikan murid-murid KAA dapat menyambung pengajian ke Tingkatan Empat Kelas Aliran Agama sekolah yang sama.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN- SEKOLAH KELAS ALIRAN AGAMA SEPENUHNYA......"

ustazah said...

satu pendekatan yang baik..itulah yang diungkapkan oleh PIBG....

Post a Comment