Thursday, December 3, 2009

PERHIMPUNAN GURU PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN

1 Disember 2009 . Sektor Pendidikan Islam dalam mesyuarat pengurusan di De Palma Hotel, Ampang semalam memutuskan akan mengadakan Perhimpuan Perdana Guru-guru Pendidikan Islam Negeri Sembilan pada tanggal 16 Januari 2010. Dijangka inilah program pertama Sektor Pendidikan Islam untuk memulakan tahun baru 2010. Perhimpunan ini dijangka akan dirasmikan oleh Ketua sektor Pendidikan Islam dan bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah Islamiyyah dalam kalangan warga GPI Negeri Sembilan dan membentuk satu jawatankuasa baru untuk mengorganisasikan jawatankuasa tersebut. Apa yang diharapkan agar berkat dari perhimpunan perdana GPI ini akan membantu memertabatkan kesatuan guru dipersada ilmu dan sama-sama dapat memperkasakan kegemilangan anak didik di Negeri Sembilan.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "PERHIMPUNAN GURU PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN"

abiumar said...

Salam... Wa bagus tu. Sekurangnya dapat kenal dan jumpa sahabat2 lama dari Noghori... Rindu ngan kengkawan lama. Tahniah.

Post a Comment