Thursday, December 17, 2009

DISKUSI ILMIAH -SPI DAN KETUA PANITIA AKADEMIK SABK

Sektor Pendidikan Islam (SPI) akan mengadakan perjumpaan secara intensif dengan semua ketua panitia setiap matapelajaran di sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam usaha memperkasa dan mempertingkatkan kualiti akademik di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Diskusi itu dijangka akan melibatkan PPD disetiap daerah dan Pegawai Akademik dan Kurikulum dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Perbincangan akan menjurus kepada usaha-usaha mempertingkatkan kualiti akademik semua mata pelajaran, meninjau Headcount setiap pelajar dan mengenal pasti masalah yang memungkinkan terbantutnya usaha-usaha murni mempertingkatkan kemajuan para pelajar. Sehubungan dengan itu, para penyelaras akademik di seluruh 15 buah sekolah SABK di Negeri Sembilan di mohon meyediakan perancangan strategik dan operasional setiap aktiviti.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "DISKUSI ILMIAH -SPI DAN KETUA PANITIA AKADEMIK SABK"

Post a Comment