Wednesday, December 23, 2009

MAKLUMAT TERKINI- KEMASUKAN KE SMKA

Maklumat terkini mengenai urusan Hal ehwal Murid Tahun 2010 sebagaimana diwartakan dalam surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 21 Disember 2009 No rujukan KP (BPI) 5206/2/4/1(61) memaklumkan bahawa:-

1) Permohonan ke SMKA adalah diterima dari pelajar sekolah kebangsaan sahaja. ( Swasta tidak dibenarkan langsung memasuki SMKA.

2) Pelajar yang mendapat 5A sahaja akan dipertimbangkan kemasukan ke SMKA untuk tahun 2010.

3) Para pelajar SMKA yang mendapat C dalam Bahasa Arab akan dipindahkan atau dikeluarkan ke sekolah lain.

Semoga ibubapa akan mengambil perhatian kepada peraturan baru kemasukan ke Tingkatan 1 di SMKA.

Sehubungan dengan itu, Unit IPA , Sektor Pendidikan Islam dalam usaha yang bersungguh-sungguh memastikan kemasukan pelajar ke SMKA bagi tahun 2010 memenuhi dasar yang telah ditetapkan.

Harap maklum.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "MAKLUMAT TERKINI- KEMASUKAN KE SMKA"

Post a Comment